ismakualaterengganu

Dakwah ISMA bukan hanya ‘Like’ dan ‘Share’

Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd KELANA JAYA, 21 Mac – Naib Yang Dipertua ISMA Se...


Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd

KELANA JAYA, 21 Mac – Naib Yang Dipertua ISMA Seberang Perai Utara (SPU), Prof Madya Dr Mohamad Zaki Ibrahim menyeru ahli ISMA supaya bersungguh-sungguh dalam berdakwah di jalanan dan di luar kota, bukan hanya di media sosial sahaja.

“Dakwah kita bukan hanya ‘Like’ dan ‘Share’ di Facebook, tetapi dakwah sebenar ialah dengan turun padang dan mengesani masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, turun padang ke dalam masyarakat ialah kaedah terbaik dalam menyalurkan agenda dakwah ISMA selain menggarap ahli-ahli baru dan para penyokong ISMA.

Dr Mohamad Zaki berkata demikian ketika membahas ucapan dasar Presiden pada Mesyuarat Agung ISMA kali ke-14 di Auditorium Angkasa di sini, hari ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau turut menyeru seluruh ahli ISMA agar komited mengisi kerangka amal yang telah dirancang setelah sekian lama.

“Kita telah anjurkan pelbagai konvensyen, simposium, seminar pemikiran dan sebagainya.

“Inilah masanya untuk kita mendefinisikan pelbagai resolusi yang telah digarap kepada amal yang terus mengesani masyarakat,” ujar beliau.

Sumber

Related

FOKUS 3027776175899889220
item