Desak tindakan tegas pembohongan The Malaysian Insider


KUALA LUMPUR 29 Mac – Pemuda UMNO hari ini mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan paling tegas mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia, terhadap The Malaysian Insider kerana kerap menyiarkan berita bohong dan fitnah.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, berkata tindakan paling tegas perlu dibuat supaya menjadi pengajaran kepada mereka untuk tidak menyebarkan berita palsu.

“Ini bukan kali pertama mereka menyiarkan berita tidak benar dan kali ini laporan tersebut berkenaan Majlis Raja-Raja menolak cadangan pindaan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang jelas tidak benar,” katanya.

25 Mac lalu, portal berkenaan melaporkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang Persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Berikutan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja membuat laporan polis dipercayai merujuk kepada berita yang disiarkan itu selain satu berita penafian yang dikatakan dikeluarkan oleh pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Bagaimanapun, hingga kini portal liberal dan pro Barat itu masih menunjukkan sikap keras kepala apabila terus mengekalkan berita berkenaan dalam ruangan ‘MOST READ THIS WEEK’ mereka.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam kiriman Twitternya 26 Mac lalu pula berkata polis akan memanggil Ketua Pengarang The Malaysian Insider kerana portal itu dikatakan kerap melaporkan berita tidak betul dan mengelirukan.

Mengulas isu sama, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata The Malaysian Insider terus menerus mempromosi fitnah dan tohmahan untuk memecahbelahkan umat Islam di Malaysia.

Laporan itu juga mendapat kecaman pengguna laman Facebook (FB). Ada pengguna FB yang menasihatkan umat Islam terutama golongan muda supaya berhati-hati dengan berita dan laporan disiarkan oleh The Malaysian Insider serta portal berita liberal yang sealiran dengannya.

Sementara itu di ALOR SETAR, Pemuda UMNO Kedah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar meminta polis menjalankan siasatan terhadap portal berita berkenaan kerana menyiarkan laporan bohong mengaitkan Majlis Raja-Raja dengan hudud.

“Institusi Diraja adalah simbol kebanggaan negara dan tidak perlu dicemari dengan tangan-tangan pihak tidak bertanggungjawab.

“Laporan oleh portal tersebut menggambarkan The Malaysian Insider kini terdesak,” katanya Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, hari ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?