ISMA kutuk tuduhan berfikiran Taliban, ISIS
BANGI, 25 Mac – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengutuk tindakan media liberal pro Barat, Malaysiakini apabila menyiarkan artikel dengan melabelkan pemikiran ISMA seperti Taliban.
“Media liberal pro Barat ini cuba melabelkan ISMA sebagai ektremis. Mereka juga menyamakan ISMA dengan ISIS dan Taliban.
“Ini semua disebabkan ISMA menolak sekularisme, libralisme dan ethiesme yang menjadi propaganda Barat dan didukung media-media liberal seperti Malaysiakini di negara ini.
“Walhal, mereka tahu bahawa Taliban dan ISIS juga adalah produk Barat,” demikian tegas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel yang disiarkan Malaysiakini hari ini bertajuk ‘Isma exhibits mentality of the Talibans’ berkenaan isu Aisyah Tajuddin yang mengkritik hukum hudud di Kelantan.
Dalam artikel tersebut, Malaysiakini memetik komentar orang awam berhubung kenyataan Ketua Penerangan ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman sebelum ini.
Antara petikan itu ‘Similarly Hazizi – just like the Taliban, Islamic State (IS) and others – thinks he has the proper understanding of Islam and could teach Aisyah a lesson but just as in the Malala case’. Aisyah has done no wrong and Hazizi is indeed behaving like the Taliban.
Mengulas lanjut Ustaz Abdullah berkata, ISMA adalah satu pertubuhan yang tulen, lahir dari perut umat Islam.
“ISMA menghayati derita umat serta bahaya yang melingkunginya. ISMA adalah gerakan Islam yang sederhana, yang tidak melampau, liberal dan athies, juga tidak ekstremis yang bertujuan untuk mewujudkan ‘Islam fobia’.
“Yang jelas, ISMA bukan alat Barat seperti dua golongan ekstremis tersebut,” katanya.
Sehubungan itu, Ustaz Abdullah mengingatkan generasi muda umat Islam supaya berhati-hati dengan dakyah songsang media liberal pro Barat itu yang sentiasa berusaha memesongkan dan merosakkan pemikiran umat Islam supaya menerima cara hidup liberal.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan