Permuafakatan nasional mampu pertahan kesejahteraan negara


Oleh Team Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Semua pihak diminta mengambil langkah ke arah permuafakatan nasional demi menyelamatkan Malaysia daripada ekstremis antiagama dan antinasional, yang boleh membawa ketegangan, perpecahan dan kemusnahan.

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman juga meminta umat Islam untuk memilih jalan bersatu padu, mengambil pendekatan berbincang dan berdialog untuk mencari titik pertemuan ke arah mengukuhkan perpaduan demi menyelamatkan masa depan negara.

“Kita perlu menghentikan politik ‘kehaiwanan’ yang hanya mementingkan diri tanpa mengira kesan kepada masa depan agama, bangsa dan negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Mesyuarat Agung ISMA ke-14 hari ini.

Ucapan dasar beliau dibacakan oleh Timbalan Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya.

Ustaz Abdullah melahirkan harapan akan wujudnya senario baru politik Malaysia yang memberi ruang kepada Melayu Islam, Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia yang patriotik yang cintakan perpaduan dan kesejahteraan untuk bergabung suara.

Ujar Ustaz Abdullah lagi, permuafakatan nasional ini tidak dapat dibina apabila mengikut telunjuk pihak asing.

“Saya percaya bahawa Barat dan proksi mereka, golongan cauvinis dan evangelist tidak akan sekali-kali mengendurkan tuntutan ekstrem dan melampau mereka.”

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?