YADIM lantik ISMA sebagai peneraju kluster penyatuan umat


Oleh Wartawan Media Isma Sdn Bhd
Gambar-gambar oleh Unit Foto Media Isma Sdn Bhd

KELANA JAYA, 21 Mac – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah melantik Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai peneraju kluster ‘Penyatuan Umat’.

Perlantikan itu diputuskan Majlis Sekretariat Islam Malaysia yang diwakili oleh lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam satu mesyuarat yang diadakan, baru-baru ini.

Timbalan Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya, berkata terdapat enam kluster dalam program berkenaan dan salah satunya adalah kluster ‘Penyatuan Umat’.

“Ini adalah tanggungjawab besar yang akan dipikul oleh ISMA dan insya-Allah kita akan laksanakan.

“Dalam masa terdekat, kita akan berbincang mencari noktah penyelesaian apa yang perlu ada dalam untuk mencapai penyatuan ini.

“Idea penyatuan ini bukan hanya dalam NGO, mahupun politik tetapi ia lebih kepada penyatuan seluruh umat Islam,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan ISMA kali ke-14 di Dewan Auditorium Angkasa, Kelana Jaya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian