GST: Apa barang, perkhidmatan dikecuali cukai


BANGI, 1 April – Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuat-kuasa hari ini. Ia bukanlan cukai baru, sebaliknya kadar yang dikenakan serendah 6 peratus berbanding apa yang dibayar pengguna sebelum ini iaitu cukai jualan lima dan 10 peratus serta cukai perkhidmatan (enam peratus).

Pelbagai pihak sebelum ini mengeluarkan kenyataan sama ada yang menyokong atau menentang pelaksanaan GST ini hingga menimbulkan kegelisahan pengguna.

Malah, pada Sabtu dan Ahad lalu pengguna dikatakan berpusu-pusu ke pasar raya di seluruh negara untuk membeli barang keperluan kerana bimbang akan berlaku kenaikan harga apabila GST dilaksanakan, tanpa membuat semakan terlebih dahulu.

Mengikut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, barang yang tidak dikenakan GST adalah seperti berikut:

Barang Makanan:

  • Beras, tepung gadum, sagu dan kacang dhal;
  • Gula pasir dan garam;
  • Minyak masak (kelapa sawit, kelapa dan kacang tanah);
  • Rempah ratus;
  • Roti putih dan roti wholemeal;
  • Serbuk kopi, serbuk koko dan serbuk teh; dan
  • Mi kuning, kuetiau, laksa dan bihun.

Produk Pertanian:

  • Padi;
  • Sayur-sayuran segar; dan
  • Buah-buahan.

Ternakan:

  • Lembu, kambing, kerbau, ayam dan itik (termasuk telur ayam dan telur itik).

Utiliti:

  • Bekalan air paip (domestik); dan
  • Bekalan elektrik 300 unit pertama (domestik).

Eksport:

  • Barang-barang dan perkhidmatan dieksport.

Ubat Penting Nasional:


  • Meliputi hampir 2,000 jenama ubat; dan
  • Kegunaan rawatan untuk 30 jenis penyakit seperti sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Bahan Bacaan:

  • Buku teks, buku latihan dan rujukan;
  • Kitab agama; dan
  • Surat khabar.

Anda boleh merujuk kepada buku Panduan Harga Pengguna untuk memperoleh maklumat lanjut berkaitan harga barangan dan perkhidmatan yang dikenakan GST atau tidak.

Sumber

Sila klik gambar dibawah untuk maklumat berkenaan berdasarkan zon masing-masing.

01-Zon-Utara
02-Zon-Timur
03-Zon-Tengah
04-Zon-Selatan
05-Zon-Sarawak
06-Zon-Sabah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian