GST: Harga Proton, Honda dan Toyota turun hari ini


KUALA LUMPUR 1 April – Proton, Honda dan Toyota mengumumkan penurunan harga kereta masing-masing antara RM500 hingga RM4,000 mulai hari ini, selaras pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Bagi pengeluar kereta nasional, penurunan harga sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus membabitkan model Proton Saga, Persona, Inspira, Satria Neo, Exora, Preve, Suprima S dan Iriz.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata orang ramai juga berpeluang membeli kereta yang ditambah baik dari segi kualiti dan ciri keselamatan.

“Contohnya, kereta Proton Saga kini boleh dimiliki dengan harga serendah RM33,242.40 atau Preve 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46 termasuk cukai GST enam peratus,” katanya.

Honda Malaysia juga turut mengumumkan penurunan harga antara RM500 hingga RM2,500 bagi model tertentu pemasangan tempatan (CKD), mulai hari ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, berkata antara model CKD yang mengalami penurunan harga, termasuk Honda Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan HR-V.

“Bagaimanapun, harga Honda Odyssey yang merupakan model import sepenuhnya (CBU) dijangka mengalami kenaikan di antara RM500 hingga RM1,000,” katanya.

Beliau berkata, harga alat ganti bagi semua model juga akan dikurangkan dengan purata sebanyak 3.7 peratus.

“Walaupun, GST akan ditambah ke dalam kos buruh, kami menjangkakan keseluruhannya kos keseluruhan penyelenggaraan akan turun dua hingga empat peratus bergantung kepada model kereta,” katanya.

Toyota juga mengumumkan harga kereta keluaran syarikat itu akan turun sehingga RM4,000 mengikut model tertentu.

Presiden UWM To­yota Motor, Datuk Ismet Suki, berkata pihak syarikat akan menyalurkan 100 peratus kos penjimatan GST kepada pelanggan bagi pembelian mana-mana model Toyota dan Lexus.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?