Wisma Putra selaras usaha pindah rakyat kita di Yaman


PUTRAJAYA, 31 Mac – Kementerian Luar, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan bersama Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a sedang menyelaraskan usaha memindahkan rakyat Malaysia di Yaman.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini menyatakan Kementerian Luar memantau rapi perkembangan semasa, khususnya situasi keselamatan di Yaman.

Pada masa ini terdapat kira-kira 879 rakyat Malaysia di negara itu termasuk 600 di wilayah Hadramawt, Sana’a (159 orang), Hodeidah (45 orang) dan Aden (75 orang).

“Mereka dilaporkan berada dalam keadaan selamat. Hadramawt dan Hodeidah adalah tenang dan tidak terjejas dengan serangan udara.

“Bagaimanapun, kedutaan telah meletakkan Sana’a, Aden dan Hodeidah di tahap berjaga-jaga, sejak kawasan tersebut berada di bawah kawalan Houthis.

“Kementerian Luar Negeri, Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Pertahanan Kerajaan sedang mempertimbangkan semua pilihan yang ada bagi memindahkan rakyat kita keluar dari Yemen secepat mungkin,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar Negeri juga memohon kerjasama rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman untuk mendaftar dengan kedutaan dalam kadar segera.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a, butiran adalah seperti berikut:

Alamat: Iran Street, Hadda, P.O. Box 16157
No.Tel: (00) 967-1-429781/(00) 967-1-42978
Emel: mwsanaa@kln.gov.my
Faks: (00) 967-1-429783

Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri juga boleh dihubungi di talian 03-8887 4570 untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?