Guan Eng tak benar bina penempatan Rohingya atas tanah negeri

lim guan eng

GEORGETOWN, Ahad – Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak mahu menempatkan pelarian Muslim Rohingya di atas tanah negeri itu, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Menurut laporan sebuah akhbar hari ini, Guan Eng berkata, semua pelarian itu boleh ditempatkan di tanah milik Kerajaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan negeri menghadapi masalah kekurangan tanah sama ada di sebelah pulau atau daratan.

Beliau berkata, kira-kira 50,000 pelarian Rohingya tiba di Pulau Pinang sejak enam tahun lalu dan kerajaan negeri tidak membenarkan tanah milik negeri itu digunakan untuk membina penempatan mereka.

“Kerajaan negeri mesti dimaklumkan mengenai sebarang rancangan mendirikan penempatan di negeri ini,” katanya memetik laporan akhbar berkenaan.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat hartanah sebelum ini berkata Pulau Pinang boleh menyediakan penempatan sementara untuk pelarian terbabit.

Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Pulau Pinang, Datuk Jerry Chan, berkata Ketua Polis Negara mungkin memikirkan Pulau Jerejak digunakan sebagai penempatan sementara pelarian berkenaan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?