Harga petrol, diesel naik 10 sen mulai tengah malam ini
BANGI, Ahad – Harga runcit petrol dan diesel dinaikkan mulai tengah malam ini. Demikian kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwan Pengguna (KPDNKK).
Berdasarkan pengumuman dalam satu kenyataan menerusi Facebook kementerian itu malam tadi harga petrol dan diesel dinaikkan 10 sen.
Harga runcit yang ditetapkan bagi bulan Jun adalah seperti rajah di atas.
Sejak 1 Disember tahun lalu, kerajaan telah menghentikan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel.
Berikutan itu, harga runcit dua jenis minyak berkenaan bergantung sepenuhnya kepada penetapan harga apungan terurus melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan