IMEC 2015: Perbetul tanggapan salah terhadap wanita Islam

dr-fatimah-zahrah

Oleh Nurul Husna Che Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Golongan feminis mendakwa wanita Islam adalah kolot dan ketinggalan zaman.

“Mereka beranggapan Islam menyuruh kaum wanita supaya hanya tunduk kepada permintaan suami, abang atau saudara-saudara lelaki yang lain saja sepanjang masa, sedangkan Islam memberi kebebasan yang secukupnya kepada mereka,” jelas aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Fatimah Zaharah Rosli.

Wanita, ketika zaman Rasulullah SAW, kata beliau, diberi kebebasan bersuara untuk menegakkan yang hak dan membantah yang batil seperti Khaulah yang lantang bersuara ketika seorang wanita mengadu kepadanya mengenai suaminya yang masih berhubungan suami isteri walaupun si suami sudah menziharkan wanita tersebut.

Katanya, kedatangan Islam di Makkah berjaya menghapuskan kepercayaan masyarakat jahiliyah yang menanam anak perempuan mereka hidup-hidup semata-mata kerana mahu melindungi harta yang mereka miliki.

“Kaum wanita diberikan tanggungjawab yang sangat penting iaitu mendidik anak-anak supaya menjadi manusia yang bertakwa. Oleh itu, tanggungjawab ini haruslah dilaksanakan dengan sempurna kerana ia akan ditanya di hadapan Allah nanti,” katanya.

Dr Fatimah berkata, tugas wanita muslim bukan hanya di dapur dan berada di rumah melayan suami dan anak sahaja.

“Bahkan, wanita juga boleh menjadi seorang pejuang seperti Nusaibah radiallahu’anha yang menjadi jururawat ketika Perang Uhud,” katanya.

Beliau berkata, ini membuktikan bahawa tugas wanita adalah sama sahaja dengan kaum lelaki, tetapi haruslah mengikut keupayaan mereka dan berlandaskan syariat Islam.

“Mereka berhak memilih jalan untuk menegakkan Islam dan salah satunya adalah dengan mendidik anak-anak menjadi pejuang Islam,” terang beliau.

Dr Fatimah adalah juga seorang doktor dan ibu kepada dua orang mujahid.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?