Pemimpin tiada takwa punca pecah amanah
Oleh Azli El
BANGI, 10 Mei – Salah memilih pemimpin antara punca berlakunya pelbagai skandal di negara ini, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebuah pertubuhan Islam sederhana, Abdullah Zaik Abd Rahman.
Katanya, pelbagai penyelewengan di negara ini berlaku kerana mereka yang dipilih untuk memegang amanah itu tidak peduli mengenai ketakwaan kepada Allah.
“Mereka fikir mereka miliki banyak helah politik dan mereka boleh berjaya tanpa perlu kepada beban ketakwaan kepada Allah.
“Kepemimpinan adalah amanah dan takwa adalah intigriti. Tanpa takwa amanah tidak selamat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang turut mengaitkan Lembaga Tabung Haji (TH) yang dilihat sebagai cuba menyelamatkan syarikat yang sedang nazak itu selepas TH membeli sebidang tanah daripada 1MDB pada harga RM188.5 juta.
Islam kata Abdullah Zaik, menitikberatkan ketakwaan terutama dalam isu politik dan kepemimpinan kerana hanya dengan takwa, salah guna kuasa dan berbagai skandal dapat dielakkan.
“Akhir-akhir ini masyarakat sibuk membincangkan isu 1MDB dan kemudian penglibatan TH dalam isu yang kusut itu.
“Semua itu berpunca daripada kita tidak memilih pemimpin yang bertakwa.
“Sabda Rasulullah SAW, apabila disandarkan amanah kepada bukan ahlinya maka tunggulah kebinasaan,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan