Pemuda ISMA: Belia mesti jadikan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai contoh ikutan

lukman pemuda isma

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Sabtu – Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Luqman Al Hakim Muhammad menyeru seluruh belia Islam di Malaysia untuk mencontohi keperibadian dan pencapaian luar biasa Sultan Muhammad Al-Fateh membangunkan negara Islam, kota Istanbul, Turki.

Menyifatkan Sultan Muhammad sebagai pemuda berstatus negarawan dan general perang hebat, Lukman berkata, baginda perlu dijadikan model pendidikan dan pembangunan belia di Malaysia.

“Sultan Muhammad berjaya membuka Istanbul ketika baru berusia 21 tahun dengan strategi perang yang pertama kali dilakukan di dunia.

“Baginda mengangkat puluhan kapal merentasi kawasan bukit dalam satu malam.

“Bahkan pendidikannya seperti menghafal Al-Quran dan ilmu-ilmu Islam sejak usia kecil, pembinaan karakter kepimpinan dan menghormati ulama mengkagumkan.

“Sebab itu saya katakan, baginda sewajarnya diangkat sebagai idola atau tokoh, bukannya para pelakon, penyanyi mahupun pelawak oleh generasi sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai bersama lebih dua juta rakyat Turki dalam Sambutan Ulangtahun ke-562 Pembukaan Istanbul oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, kelmarin di bandar Istanbul, Turki.

Sambutan Ulangtahun ke-562 Pembukaan Istanbul oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, kelmarin di bandar Istanbul, Turki.

Sambutan Ulangtahun ke-562 Pembukaan Istanbul oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, kelmarin di bandar Istanbul, Turki.

Sambutan besar-besaran yang pertama kali diadakan ini, bertepatan dengan pilihan raya pada 7 jun ini. Sambutan ulang tahun ini turut dihadiri oleh Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri Ahmed Dovutoglu.

Mengulas lanjut, Lukman berkata, Perdana Menteri, Ahmed Dovutoglu dalam ucapannya banyak menekankan peranan Turki membantu negara-negara Islam lain dalam menghadapi peperangan dan krisis dalaman termasuk menerima jutaan pelarian dari Syria dan Iraq.

“Peranan penting inilah diinspirasikan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang menjamin keselamatan penganut agama Kristian dan agama-agama lain setelah menakluk Istanbul dengan syarat mereka patuh di bawah pemerintahannya.

“Sebenarnya, isu ini banyak dimanipulasi oleh pihak pembangkang dan US untuk menjatuhkan kredibiliti Erdogan, namun ternyata rakyat Turki bersama beliau,” katanya ketika dihubungi Ismaweb pagi ini.

Lukman menyertai delegasi ISMA berada di Turki sebagai pemerhati pilihan raya negara itu yang dijadualkan akan berlangsung 7 Jun ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?