Sami Wirathu mahu Islam lenyap dari bumi Myanmar
NAYPYIDAW (MYANMAR), Jumaat – Dengan penuh kebencian terhadap Islam, pelampau sami Buddha, Ashin Wirathu memberi amaran bahawa etnik Muslim Rohingya akan ‘lenyap’ dari bumi Myanmar.
Dalam satu temu bual eksklusif dengan wartawan The Australian, Wirathu yang juga ketua kumpulan radikal 969 berkata, mereka tidak mahu orang Islam menjadi sebahagian daripada rakyat negara itu.
Katanya, negara majoriti bukan Islam seperti Myanmar, Thailand dan Australia tidak perlu memberi muka kepada pelarian Rohingya.
“Biarkan sahaja mereka diambil negara-negara majoriti Islam seperti Indonesia, Malaysia dan Brunei,” katanya.
Wirathu, terkenal dengan sikap anti-Islamnya, dan melakukan kempen berterusan menghasut rakyat Myanmar memusuhi orang Islam khususnya etnik Rohingya.
Tindakan kumpulan pelampau sami itu, yang diberi ‘lampu hijau’ oleh kerajaan Myanmar, telah mewujudkan konflik ganas apabila muslim Rohingya berdepan penghapusan etnik sehingga disifatkan PBB sebagai paling teruk di dunia.
Etnik minoriti Rohingya dihalau keluar dari negara itu melalui jalan laut, atau berhadapan tindakan ganas majoriti militan Buddha jika kekal di negara itu.
Ribuan mereka turut berhadapan sindiket pemerdagangan manusia, dan sebahagiannya telah tiba di beberapa buah negara Asia Tenggara, seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan