Seorang lelaki cedera parah, terjatuh dari menara Masjid Kampung Baru

kg baru 2
KUALA LUMPUR, Sabtu – Seorang lelaki warga tempatan mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari menara masjid setinggi 70 kaki di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira 7 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Abshah, 23, patah kedua-dua belah kaki dan tangan serta mengalami kesan lebam pada belakang kepalanya.

Bernama yang tiba di lokasi kejadian mendapati, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan terlentang di bawah menara masjid dan masih mengerang kesakitan.

Jurucakap bomba dan penyelamat Titiwangsa berkata, berdasarkan saksi, mangsa dilihat memanjat pada bahagian menara untuk naik ke aras bumbung sebelum terjatuh. – BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?