Universiti di Jepun jual makanan halal untuk pelajar Islam

makanan halal di jepun
TOKYO, 3 April – Bagi memenuhi bilangan pelajar Islam yang semakin ramai, Universiti Sophia di sini mula menjual makanan halal di kampusnya.

“Sehingga kini, saya memberi makanan tengahari di kedai dan saya meminta kawan Jepun saya memastikan makanan itu tidak mengandungi daging babi,” kata Panji Purdi, 21, pelajar dari Indonesia.

Katanya, makanan halal yang dijual adalah murah dan sedap.

Penjualan makanan halal bermula 16 April lalu dengan jumlah makanan sebanyak 150 pek setiap hari dengan harga antara 240 Yen hingga 500 Yen.

Antara menu yang dijual ialah burger, ayam goreng, kari dan nasi.

Makanan itu dimasak dan disediakan mengikut garis panduan Islam, haiwan disembelih mengikut cara Islam dan bahan haram seperti arak dan babi dielakkan.

Penjualan makanan halal itu adalah hasil program pertukaran 4 pelajar Asia Tenggara pada tahun lepas.

“Kepelbagaian latar belakang negara dan agama menyebabkan kami mahu menyediakan suasana terbaik untuk mereka,” kata jurucakap universiti.

Universiti Tokyo adalah universiti pertama menyediakan makanan halal sejak tahun 2010 dan amalan ini diikuti oleh 4 universiti lain.

Pada Januari 2014, Universiti Yamanashi juga menjual makanan halal sesuai dengan bilangan pelajar Islam yang semakin bertambah.

Islam mula masuk ke negara Jepun pada 1920an melalui kemasukan ratusan orang Islam Turki dari Rusia semasa berlakunya Revolusi Rusia.

Pada tahun 1930, bilangan orang Islam di Jepun bertambah kepada 1,000 orang.

Gelombang kemasukan orang Islam seterusnya berlaku pada tahun 1980an dengan masuknya pekerja-pekerja dari Iran, Pakistan dan Bangladesh.

Jepun hari ini didiami oleh lebih 120,00 orang Islam dan jumlah rakyat Jepun keseluruhannya 127 juta orang. – AGENSI

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian