Zionis mahu laksana hukuman 20 tahun penjara jika lempar batu
Gambar yang menjadi viral dalam laman sosial menunjukkan keberanian seorang kanak-kanak Palestin melempar batu ke arah tentera rejim Zionis Israel.
JERUSALEM, SABTU – Rejim Zionis Israel semalam mengemukakan satu undang-undang baru yang menetapkan hukuman 20 tahun penjara kepada sesiapa yang melempar batu ke arah pihak berkuasa negara itu.
Memetik sumber World Bulletin, Israel bercadang menambah undang-undang baru, yang melarang sesiapa saja daripada melempar batu atau objek, tidak hanya dengan maksud untuk menyebabkan kerosakan, tetapi juga untuk mengganggu atau menghalang pegawai polis menjalankan tugas.
Akta itu dicadangkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Setiausaha Kabinet Israel, Avichai Mandelblit.
Walaupun Akta itu telah diluluskan Kabinet Israel, tetapi untuk pelaksanaannya harus menunggu kelulusan Jawatankuasa Menteri untuk Perundangan Parlimen Israel.
Sebelum ini, hukuman bagi pelempar batu ke arah polis dan tentera Israel adalah maksimum dua tahun penjara.
April lalu, beberapa keping gambar tersebar menunjukkan keberanian seorang kanak-kanak lelaki Palestin melontar batu ke arah pihak berkuasa Israel ketika pertempuran di Tebing Barat.
Kanak-kanak yang berpakaian tentera dengan mengikat bendera Palestin dikepalanya melontarkan batu kepada pihak berkuasa Israel sebelum melarikan diri.
Ia berlaku ketika demonstrasi sempena Hari Banduan Palestin yang diadakan setiap tahun sebagai tanda solidariti terhadap 6,000 warga palestin yang dipenjara oleh Israel.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan