Aktivis ISMA antara penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong

11402227_360727007456295_4941651009875165602_o

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Lumpur, Mohammad Ridhuan Mohd Ali, 29 antara penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi sesi 2015/2016.

Ridhuan yang juga aktivis Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah antara 11 pelajar yang diumum menerima biasiswa berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan menyampaikan biasiswa berkenaan dalam satu majlis khas yang diadakan di Istana Negara, 9 Jun lalu.

Pengurniaan biasiswa itu adalah sebagai pengiktirafan kepada kecemerlangannya dalam bidang akademik dan kebolehan dalam penghasilan kerja-kerja kreatif dan inovasi.

11402386_360726397456356_8779222889751708339_o

Mengikut rekod Ridhuan adalah pemegang dua ijazah Sarjana Muda, iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Mikrobiologi dari Universiti Monash dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)  Mikrobiologi dan Immunologi dari Universiti Melbourne, Australia.

Menerusi biasiswa yang diterima itu Ridhuan akan menyambung pengajian pada peringkat PhD dalam bidang Mikrobiologi Perubatan di Universiti Sains Malaysia (USM), dengan tumpuan penyelidikan kepada penyakit kencing tikus atau leptospirosis.

Menurutnya yang bercita-cita menjadi seorang saintis ummah, peluang ini diharapkan mampu membuka ruang yang  lebih luas ke arah merealisasikan cita-cita tersebut.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?