Bapa dan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera ditahan

dera-3
KOTA BAHARU, Isnin – Dua suspek yang berupa bapa kandung dan ibu tiri kepada kanak-kanak perempuan yang dipercayai didera pasangan itu ditahan di Jalan Bayam di sini malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata pasangan berusia 39 dan 25 tahun itu ditahan di hadapan sebuah restoran pada pukul 9 malam oleh anggota Cawangan D9 dan D8 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.              

“Pasangan berkenaan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera.

Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun itu disyaki didera di Rantau Panjang, Pasir Mas sehingga patah 10 tulang rusuk, tulang belakang, bahu kanan selain tulang pinggulnya berubah kedudukan.

Semalam, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan dilaporkan sebagai berkata turut mengalami radang paru-paru selain kesan trauma pada hati, selain lebam di dada, perut dan belakang.

Kanak-kanak malang itu ditemui ibu kandungnya dalam keadaan wajahnya yang cengkung manakala seluruh badannya didapati lebam dan dipenuhi parut.

Kepalanya pula didapati luka manakala belakangnya dalam keadaan membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang, rusuk serta paha.

Nur Zuliana Zaara kini ditempatkan di HRPZ II untuk rawatan lanjut dan kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. – BERNAMA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?