‘Bayi batu’ berusia 50 tahun dalam perut nenek
CHILE, Selasa – Amat mengejutkan apabila seorang doktor berjaya mengesan bayi yang sudah berusia 50 tahun dalam perut seorang nenek yang berusia 92 tahun.
Wanita itu dilaporkan mengalami keadaan yang jarang berlaku dipanggil lithopedion, di mana janin mati dan dikesan di berada di luar rahim. Dalam bahasa Yunani, lithopedion bermaksud ‘bayi batu’.
Janin itu diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan sinar-X pada perut wanita tersebut setelah wanita itu terjatuh dan datang mendapatkan rawatan.
Ternyata, janin itu telah lama membesar di luar rahimnya. Bagaimanapun ia langsung tidak disedari wanita tersebut.
Pengarah Hospital, Margo Vargas Lazo, berkata janin yang dikandung berkemungkinan telah meninggal pada bulan ketujuh kehamilan.
Namun buat masa ini, doktor memutuskan untuk tidak melakukan pembedahan untuk mengeluarkan ‘bayi batu’ tersebut kerana didapati terlalu berisiko dengan usia wanita tersebut yang mencecah 92 tahun.
Kejadian yang sama pernah berlaku di Brazil apabila ‘bayi batu’ dijumpai sekitar 44 tahun di dalam perut seorang wanita berusia 84 tahun. Janin tersebut diketahui setelah wanita tersebut tersebut mengalami sakit perut yang amat kritikal.
Kemudian, pada tahun 2013 juga ‘bayi batu’ ditemui di Columbia pada seorang wanita berusia 82 tahun. -Agensi
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan