Freedom Flotilla III capai matlamat kata Hamas

flotilla-BERJAYA

GAZA, Selasa – Freedom Flotilla III mencapai matlamatnya walaupun menerima halangan daripada rejim Zionis Israel, kata Timbalan Ketua Hamas, Ismail Haniyeh.

Beliau mengulangi bahawa salah satu matlamat program berkenaan iaitu mendedahkan wajah sebenar tindakan pendudukan oleh Israel, selain menjadikan isu pengepungan rejim berkenaan ke atas Gaza sebagai tajuk utama.

Haniyeh yang menyifatkan tindakan Israel ke atas kapal Freedom Flotilla III sebagai tindakan oleh ‘lanun Zionis’ berkata, perbuatan ‘lanun’ ini melanggar undang-undang antarabangsa dan membuktikan wajah sebenar pengganas Israel yang melarang pelayaran dari atau ke sepanjang jalur Gaza.

Bekas Perdana Menteri Palestin itu juga menyifatkan tindakan menahan bekas Presiden Tunisia, Moncef Marzouki, sebagai pelanggaran terhadap norma-norma antarabangsa dan diplomatik.

Haniyeh juga melahirkan rasa hormat kepada aktivis hak asasi manusia yang berada di atas kapal flotilla, termasuk ahli politik, Ahli Parlimen dan wartawan yang meletakkan diri mereka dalam bahaya semata-mata untuk mematahkan kepungan lapan tahun oleh rejim Israel itu.

Tentera Laut Israel sebelum ini memintas kapal pertama flotilla – Marianne of Gothenburg, semalam kira-kira 100 batu nautika dari pantai Gaza.

Kapal itu ditunda ke pelabuhan Israel, Ashdod, manakala anak kapal dan aktivis yang berada di atas kapal itu dihantar pulang. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?