KRIM Kuantan teruskan fokus pembangunan para remaja

kuantan

Oleh Shuhaimi Shaedon

KUANTAN, 30 Jun – Pengarah Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Kuantan, Mohd Afiq Md Yusoff berkata KRIM tidak pernah berputus asa untuk memfokuskan kepada pembangunan para remaja melalui program-program yang telah disusun atur khas untuk mereka.

“Hal ini adalah supaya mereka boleh memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar mereka di mana pun mereka berada,” ujarnya lagi.

Beliau dipetik sebagai berkata demikian ketika memberikan ucapan sempena Pelancaran Akademi Remaja KRIM (ARK) disini semalam yang dijalankan serentak oleh cawangan KRIM di seluruh Malaysia.

Pada ketika yang sama beliau juga menjelaskan bahawa program Ramadan Outreach (RO) juga akan dijalankan bersama Pelancaran ARK ini bagi memberikan kesedaran kepada para peserta betapa mereka sangat bertuah dengan rezeki yang Allah telah kurniakan jika dibandingkan dengan golongan-golongan yang kurang bernasib baik.

kuantan 1

Manakala menurut Mohd Farhan Abd Latep, Pengarah bagi program Ramadhan Outreach berkata KRIM Kuantan mengambil inisiatif ini bagi memberikan peluang kepada para remaja untuk turun padang dan melihat sendiri apa yang dirasai dan diperlukan oleh mereka yang kurang bernasib baik.

“Selain daripada itu, ia dapat meningkatkan motivasi kepada mereka bagi mensyukuri nikmat-nikmat yang telah diberikan Allah kepada mereka.

“Dengan itu, jika mereka berada dalam keadaan kesusahan, mereka akan fikir yang ada ramai lagi orang lain yang lebih susah daripada mereka,” jelas beliau lagi.

Program yang dihadiri lebih 30 remaja di sekitar Kuantan ini telah dijalankan di sekitar perkampungan Gudang Rasau yang didiami beberapa keluarga yang kurang bernasib baik dan berada di bawah pemantauan JKM Kuantan.

Program Outreach Ramadhan ini adalah program pertama yang dijalankan dengan jumlah keseluruhan lapan program yang telah dirancang sepanjang tempoh enam bulan dan akan dijalankan secara intensif kepada para ahli ARK.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?