Kritik JAKIM: DAP melampau, mahu cetus suasana tegang

Sharifah Abdul Samad, Ahli Jawatankuasa Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Selasa – Tindakan Ahli Parlimen DAP, Zairil Khir Johari yang mempersoal kewujudan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) boleh dianggap sebagai melampau kerana hanya mahu membangkitkan lagi suasana tegang dalam masyarakat.

Ahli Jawatankuasa Kajian Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Sharifah Abdul Samad, berkata DAP sejak dahulu konsisten mempertikai badan agama Islam yang berautoriti dalam negara ini.

“Tindakan mereka boleh menimbulkan kesulitan dan DAP perlu berhenti daripada pendekatan melampau seperti ini.

“Ia jelas bertentangan dengan semangat demokrasi serta akan membangkitkan lagi suasana tegang dalam masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kritikan Zairil yang mengkritik kewujudan JAKIM yang disifatkan sebagai bertentangan dengan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Sharifah menegaskan bahawa proses penubuhan JAKIM bermula dengan sebuah urusetia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1969 selepas MKI ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada tahun 1968.

Pada tahun 1974, urusetia MKI telah dinaik taraf kepada Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya pada tahun 1985 dijenamakan semula sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

“BAHEIS dinaik taraf menjadi sebuah jabatan berkuat kuasa pada 1 Januari 1997 yang dinamakan sebagai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Penubuhan JAKIM dilihat sebagai salah satu landasan dalam memenuhi keperluan masyarakat Islam.

“Jadi penglibatan Majlis Raja-raja serta Kerajaan Persekutuan dalam penubuhan JAKIM menunjukkan tuduhan DAP tersebut tidak benar.

“Malah, penubuhan JAKIM menepati semangat Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam agama Persekutuan dan mengikut undang-undang Perlembagaan, pihak eksekutif bertanggungjawab mempertahan kakitangan perkhidmatan awam dan bukan sebaliknya,” ujarnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?