Media liberal mahu tunjuk Malaysia macam ‘Taliban’

ridhuan-tee-6

Oleh Azri El

BANGI, Isnin – Media liberal yang dibiayai puak ultra kiasu, sedang cuba memberi gambaran buruk kepada amalan Islam di negara ini, seolah-olah Malaysia mengamalkan dasar ‘ala-Taliban, kata pendakwah, Ustaz Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Menulis dalam ruangan kolumnya di Sinar Harian hari ini, beliau berkata, terbaru puak itu sengaja mensensasikan isu kod etika pakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan.

“Mereka sengaja gatal dan mahu menguji kita. Mahu jadikan Malaysia lebih Barat dari Barat.

“Adakah peraturan itu salah? Adakah suatu masa nanti, bila ultra kiasu bertelanjang ke pejabat, baru nak bertindak?Tidak ada agama yang membenarkan pakaian mencolok mata,” katanya kecewa dengan sikap jabatan kerajaan yang akhirnya tunduk dengan desakan mereka.

Ustaz Mohd Ridhuan berkata, perjuangan puak ini adalah mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, demokrasi tanpa had dan hak asasi adalah mutlak.

“Begitu juga soal seks bebas, LGBT dan sebagainya. Apakah umat Islam yang menyokong dan menyertai ultra kiasu tidak sedar bahawa tindakan mereka boleh menjejaskan akidah?” soalnya.

Awal bulan lalu, beberapa media liberal ‘memanaskan’ isu seorang wanita yang diminta memakai kain sarung oleh petugas di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika berurusan di pejabat itu setelah dia didapati hanya memakai skirt singkat yang tidak mematuhi kod pakaian.

Media liberal kemudian mendapatkan pandangan beberapa pihak bagi menggambarkan tindakan petugas di pejabat JPJ itu tidak wajar dan juga kod etika pemakaian juga tidak relevan.

Ia kemudian dipolemikkan lagi, selepas satu lagi kes hampir serupa berlaku minggu lalu membabitkan dua wanita yang ingin masuk ke bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang berpakaian tanpa mematuhi kod etika ditetapkan.

Kedua-dua mereka, yang memakai skrit itu, tidak dibenarkan masuk ke bangunan SUK melainkan menutup bahagian kaki mereka.

Dalam kedua-dua insiden itu, puak liberal dilihat ‘berjaya’ mencapai impian mereka selepas JPJ dan Kerajaan Negeri Selangor akhirnya masing-masing memohon maaf kerana mengenakan larangan itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?