Pendakwa Raya Mesir terbunuh dalam letupan

letupan kaherah isnin

KAHERAH, Isnin – Pendakwa Raya Mesir, Hisham Barakat terbunuh apabila konvoi kereta dinaikinya terkena letupan di daerah Heliopolis di sini, hari ini.

“Beliau sudah meninggal dunia,” Menteri Keadilan Ahmed al-Zind memberitahu agensi berita AFP.

Laporan awal menyebut Barakat mengalami pendarahan dalaman dan dikejarkan ke Hospital al-Nozha untuk menjalani pembedahan.

Dua orang awam dan dua anggota polis juga dilaporkan mengalami kecederaan akibat letupan yang berlaku di luar kolej tentera.letupan cairo 29 jun 2015

Ketua Skuad Bom Mesir, Jeneral Mohamed Gamal berkata, serangan itu membabitkan sebuah bom kereta atau alat letupan yang diletakkan di bawah sebuah kereta yang berhenti berdekatan konvoi pendakwa raya itu.

Saksi berkata, letupan bom itu agak kuat sehingga memecahkan cermin di bangunan kedai bertentangan dan rumah-rumah berhampiran.

Kepulan asap hitam naik ke udara dan beberapa buah kereta turut rosak teruk.

Setakat ini masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

Ikhwan Muslimin mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan itu.

Barakat dilantik sebagai Pendakwa Raya Agung oleh Presiden sementara Mesir, Adly Mansour pada Julai 2013, sebaik saja tentera merampas kuasa daripada presiden pertama negara itu yang dilantik secara demokrasi, Mohamed Morsi.

Hisham Barakat telah menerima beberapa kali ancaman ugutan bunuh sebelum ini.

Hisham Barakat telah menerima beberapa kali ancaman bunuh sebelum ini.

Beliau kemudian membekukan aset 15 pemimpin terkemuka Ikhwan Muslimin, selain mengarahkan penangkapan Mursyidul Amnya, Mohamed Badie atas tuduhan menimbulkan kekacauan di luar Ibu Pejabat Pengawal Kebangsaan menyebabkan 51 orang terbunuh.

Kerajaan kudeta Mesir kemudian mengadakan perbicaraan besar-besaran terhadap Morsi dan ratusan penyokongnya serta Ikhwan Muslimin yang menyaksikan bekas presiden itu dijatuhi hukuman mati. Perbicaraan itu dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia.

Barakat juga turut menyelia pembebasan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak.

Beliau juga telah menerima beberapa ancaman bunuh sebelum ini.

Sasaran pembunuhan terhadap hHakim dan pegawai badan kehakiman Mesir oleh kumpulan penentang Presiden Abdel Fattah al-Sisi meningkat berikutan hukuman penjara besar-besaran dijatuhkan terhadap anggota Ikhwan Muslimin.

Dianggarkan kira-kira 40,000 ahli politik dipenjara di Mesir. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?