Ramadhan Outreach Kuching : Santuni muallaf Baitul Ihtimam
Oleh Nasilla Bujang
KUCHING, 30 Jun – Akademi Remaja KRIM (ARK) Cawangan Kuching dengan kerjasama Yayasan Ikhlas telah mengadakan sebuah program khidmat masyarakat iaitu ‘Ramadhan Outreach’.
Dalam usaha menyantuni golongan muallaf, ARK telah mengadakan aktiviti di sebuah rumah perlindungan sementara muallaf yang diberi nama Baitul Ihtimam.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkongsian pengalaman bersama saudara baru serta tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh pengasas Baitul Ihtimam, Ustaz Wan Ariffin Wan Yon.
Menurut Ustaz Wan Ariffin, Baitul Ihtimam akan mengadakan kelas pengajian agama dan kelas membaca Al-Quran untuk muallaf pada setiap hari Sabtu.
“Program berbentuk khidmat masyarakat ini penting supaya remaja pada masa kini faham apa itu erti pengorbanan. Melalui perkongsian daripada saudara baru tadi diharap sedikit sebanyak dapat mendidik para peserta untuk mensyukuri nikmat kurniaan Allah dan menimbulkan kesedaran bahawa ada di luar sana mendapat ujian lebih berat dari kita. Di samping itu, ianya menjadi satu inisiatif untuk kita memperbanyakkan amal jariah terutama di bulan mulia ini,” ujar Nasilla Bujang, pengarah program ‘Ramadhan Outreach’.
Pada masa yang sama, wakil dari Yayasan Ikhlas cawangan Kuching menyerahkan sumbangan bagi membantu kos operasi Baitul Ihtimam.
Selepas itu diadakan majlis berbuka puasa bersama saudara baru.
Pada masa yang sama turut diadakan Majlis Pelancaran Akademi Remaja KRIM (ARK) anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Kuching.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan