Saham FGV jatuh, TH, KWSP turut rugi

Harga semasa saham FGV hari ini

Harga semasa saham FGV hari ini

BANGI, Isnin – Kejatuhan harga saham paling teruk sehingga paras RM1.94 sen, menuntut satu siasatan segera ke atas Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Penurunan lebih daripada separuh berbanding RM4.45 sen sesaham ketika diterbitkan 28 jun 2012, menyebabkan pembeli saham, rata-rata peneroka, sedang menanggung kerugian.

Bagi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), sebuah NGO yang lantang menentang penyenaraian FGVH, mahu pengurusan syarikat disiasat.

Ia termasuk sama ada syarikat itu telah melanggar mana-mana peraturan saham, atau telah melakukan penipuan sehingga mencetus ketidakpercayaan pelabur.

“Ia langkah awal memulihkan keyakinan pelabur dan masyarakat Felda. Alasan-alasan yang dikemukakan mengenai kejatuhan saham FGVH dan keuntungan mengecil yang diperolehi adalah tidak boleh diterima sama sekali kerana ianya telah di peringatkan berkali kali sebelum penyenaraian lagi.

“Pengurusan yang tidak cekap, tiada pengalaman, boros dan pelaburan yang semberono oleh FGVH telah diketahui umum.

“Ego dan sombong daripada menerima pandangan pelbagai pihak telah menjerumuskan FGV ke kancah yang buruk,” kata presiden ANAK, Mazlan Aliman dalam satu kenyataan di facebook.

Menurut Mazlan, kejatuhan saham FGVH itu turut menyebab kerugian syarikat dana awam seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP).

mazlan-alimanTH memiliki 7.8 peratus saham FGVH manakala KWSP dan KWAP masing masing 8.1 dan 6.9 peratus.

“Perlu siasat kenapa syarikat-syarikat ini memonopoli saham FGVH, sedangkan ia sangat beresiko tinggi,” katanya lagi.

Mazlan berkata, dengan paras RM1.94 sen, penganalisis ekonomi meramalkan bahawa FGVH bakal dinyahkan sebagai ‘contituent ‘ di dalam pengiraan Indeks Komposit Kuala Lumpur Jun ini dan tidak lagi di ambil kira dalam mengira indeks tersebut.

Sebelum ini katanya, peneroka Felda diperdaya untuk meminjam duit bagi tujuan membeli saham FGVH dengan nilai 800 unit atau RM 3,560 pada harga di terbitkan RM4.45 sesaham.

“Kini peneroka menanggung kerugian. Setiap bulan membayar hutang RM50. Dahulunya, boleh cagarkan tanah ke bank untuk pinjaman tapi sekarang sudah tidak mendapat kelulusan lagi dari mana mana institusi kewangan.

Lebih malang katanya, Koperasi Permodalan Felda (KPF), yang memiliki kepentingan 51 peratus saham FGVH.

“Nasib KPF ibarat ‘ sudah jatuh ditimpa tangga’. Ia memberi kesan besar terhadap keuntungan KPF yang selama ini menyumbang terhadap dividen memberangsangkan.

“Dividen setinggi 15% selama 15 tahun yang diterima oleh pencarum khususnya peneroka(pencarum terbesar), bukan sahaja tidak dinikmati; untuk memberi dividen sekitar 10% pun belum tentu lagi,” katanya sambil menambah akan mendedahkan perkara itu lebih lanjut nanti.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?