Saya tak tolak kemungkinan As-Sisi bunuh Barakat, kata Ahmed Mansour

Ahmed Mansour 30 Jun 2015
KAHERAH, Selasa – Susulan kematian Pendakwa Raya Mesir Hisham Barakat yang terbunuh dalam letupan semalam, wartawan Al-Jazeera Ahmed Mansour tidak menolak kemungkinan Presiden Mesir Abdel Fattah As-Sisi yang mengarahkan Barakat dibunuh.

“Berdasarkan pemerhatian saya terhadap kenyataan saksi dan jiran-jiran Hisham Barakat, saya tidak menolak kemungkinan regim As-Sisi yang menyebabkan kejadian ini berlaku,” tulisnya di Facebook malam tadi.

Ahmed Mansour yang sebelum ini ditangkap di Berlin, Jerman kerana menentang As-Sisi berkata, antara sebab As-Sisi membunuh Barakat adalah kerana tugas pendakwa raya itu telah selesai.Sisi bunuh 2

“Ada beberapa sebab antara yang penting sekali ialah Barakat hanya hakim jahat, kerajaan mempunyai ramai lagi hakim sepertinya.

“Regim hanya melihat jiwa-jiwa pendukungnya sebagai sesuatu yang murah, mereka boleh dibunuh bila-bila masa setelah tugas mereka selesai dijalankan. Ringkasnya tugas Barakat telah selesai,” katanya lagi.

BACA: Pendakwa Raya Mesir terbunuh dalam letupan

Semalam, Pendakwa Raya Mesir, Hisham Barakat terbunuh apabila konvoi kereta dinaikinya terkena letupan di daerah Heliopolis.

Ketua Skuad Bom Mesir, Jeneral Mohamed Gamal berkata, serangan itu membabitkan sebuah bom kereta atau alat letupan yang diletakkan di bawah sebuah kereta yang berhenti berdekatan konvoi pendakwa raya itu.

Ahmed Mansour turut menyebut bahawa akhbar Mesir Al-Ahram telah mendedahkan bahawa bahan letupan TNT yang beratnya setengah tan (500 kg) telah disorok di bawah kereta yang diletakkan di hadapan kolej tentera.

Sisi bunuh Barakat“Siapa yang membawa setengah tan bom ke kawasan kolej tentera?

“Siapa yang berupaya membawa bahan dalam jumlah banyak itu melalui jalan-jalan di Kaherah yang penuh dengan anggota keselamatan menuju ke kawasan lapang di hadapan kolej tentera?

“Siapa yang memasang bom itu di bawah kereta yang sengaja diletakkan di situ, sehingga ia meletup apabila konvoi Barakat melalui kawasan itu?

“Kamu semua ada jawapan?” soalnya.

Setakat ini masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.

Ikhwan Muslimin mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan itu.

Barakat dilantik sebagai Pendakwa Raya Agung oleh Presiden sementara Mesir, Adly Mansour pada Julai 2013, sebaik saja tentera merampas kuasa daripada presiden pertama negara itu yang dilantik secara demokrasi, Mohamed Morsi.letupan cairo 29 jun 2015

Beliau kemudian membekukan aset 15 pemimpin terkemuka Ikhwan Muslimin, selain mengarahkan penangkapan Mursyidul Amnya, Mohamed Badie atas tuduhan menimbulkan kekacauan di luar Ibu Pejabat Pengawal Kebangsaan menyebabkan 51 orang terbunuh.

Kerajaan kudeta Mesir kemudian mengadakan perbicaraan besar-besaran terhadap Morsi dan ratusan penyokongnya serta Ikhwan Muslimin yang menyaksikan bekas presiden itu dijatuhi hukuman mati. Perbicaraan itu dikecam oleh kumpulan hak asasi manusia.

Barakat juga turut menyelia pembebasan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?