Sediakan tempat khas untuk tanam mayat pengikut SIS

PEMBELA-Ustaz-Mohamed-HafizOleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Selasa – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mendesak pihak berautoriti agama Islam agar mengambil tindakan setegas mungkin kepada kumpulan liberal yang antihadis apabila semakin angkuh menyuarakan pandangan sesat mereka.

Pengerusinya, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin, berkata kini ada puak-puak yang semakin lantang memberi pandangan tidak wajar yang boleh menyesatkan umat Islam di Malaysia.

Terbaru, kumpulan feminisme Sisters In Islam (SIS) melalui penyelidiknya, Afiq M Noor menggunakan hujah Syeikh Albani dan Syeikh Thariq Iwadullah untuk membuktikan hijab adalah perkara ijtihadiyah dan tiada nas qatie padanya.

Justeru, PEMBELA mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan semua negeri menyediakan satu tempat khas untuk meletak atau menanam mayat-mayat penganut ajaran SIS, antihadis dan liberalis kerana mereka menolak Islam yang sebenar.

“Kalau mereka mati nanti, jangan kuburkan mereka di tanah perkuburan Islam kerana syariat penyelenggaraan jenazah hanya terdapat dalam hadis-hadis Nabi SAW yang sahih.

“Kita bukan hendak menghina mereka tetapi mereka terlalu angkuh menghina Rasulullah SAW dengan menolak hadis baginda secara terang-terangan.

“Untuk itu, pihak berautoriti agama mestilah mengambil tindakan segera bagi memastikan ajaran sesat mereka dapat dihapuskan,” katanya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?