Tangkap Justo tak kembalikan wang 1MDB: Tun M

tun m 5 jun

Oleh Azri El

BANGI, Isnin – Tiada makna untuk berasa teruja dengan penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International (PetroSaudi), Xavier Andre Justo oleh pihak berkuasa Thailand, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamamad.

Menempelak pihak yang mempertahan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan cuba berselindung di sebalik penangkapan itu, Dr Mahathir berkata, hakikatnya wang yang hilang masih tidak dapat dikembalikan.

“Sekarang mereka mengatakan pengkritik Perdana Menteri perlu meminta maaf. Minta maaf untuk apa?

“Hakikatnya bahawa sejumlah besar wang telah hilang. Bolehkah Justo membawa semua wang itu kembali?,” soal beliau dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.

Mahathir berkata, penahanan Justo tiada kena mengena dengan kawalan 1MDB ke atas pinjaman AS$1.9 bilion yang diberikan kepada PetroSaudi.

Sepatutnya, kata Dr Mahathir, pinjaman itu dikembalikan selepas usaha sama 1MDB dan PetroSaudi terbatal.

“Apa yang ia patut buat ialah menuntut agar ekuiti dan pinjaman berjumlah AS$1.9 bilion itu dikembalikan.

“Sebaliknya ia diubah kepada satu pinjaman (murabahah). Selepas diberi pinjaman AS$1.9 bilion, di mana wang ini sekarang?,” soalnya.

Sementara itu, beliau juga menggesa 1MDB menjelaskan apakah bentuk aset yang akan diterima International Petroleum Investment Company (IPIC) selepas syarikat pelaburan dari Abu Dhabi itu menyalurkan AS$1 bilion awal bulan ini.

“Apakah kemungkinan aset itu? Jika ia loji kuasa atau tanah, ia bermakna aset-aset ini tidak lagi milik 1MDB untuk dijual. Jadi bagaimana 1MDB mendapatkan RM42 bilion yang telah dipinjam?

“Adakah Justo hendak menyatakan maklumat yang lebih teruk daripada apa yang telah didedahkan Bursa Saham London? Jadi siapa perlu meminta maaf?” soal beliau.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?