1MDB: Mahukah Najib sumpah macam kes Altantuya?

najib-sumpah

KLIK GAMBAR UNTUK MENONTON SUMPAH NAJIB MENGENAI KES ALTANTUYA.

Oleh Azri El

PADA 2008, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah melafaz sumpah laknat, bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali model Mongolia, Altantuya Shaaribuu, yang mati dibunuh secara kejam.

“Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya,” kata Najib.

Jemaah Masjid Guar Perahu di Bukit Mertajam menjadi saksi detik bersejarah itu.

Najib bertindak demikian selepas hampir dua tahun didesak pelbagai pihak, termasuk pembangkang supaya beliau menyatakan pendiriannya setelah wanita itu dikaitkan dengannya.

Sekalipun ia tidak mengendurkan serangan pembangkang, keberaniannya bersumpah dengan nama Allah itu sekurang-kurangnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya, khususnya orang Melayu Islam.

Sumpah laknat dengan nama Allah, sangat ironi dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah politik negara, beberapa kali kaedah sumpah ini digunakan sama ada bagi membersihkan diri daripada tuduhan, mahupun mahu menyatakan kebenaran tuduhan.

Hanya dalam kes liwat Anwar Ibrahim sama ada kes ‘liwat 1′ atau ‘liwat 2′, Ketua Umum PKR itu tidak pernah melakukan sumpah sedemikian.

Berbalik kepada isu Najib. Beliau kini berdepan dengan pelbagai tuduhan berkait skandal syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang kini dilaporkan menanggung hutang RM42 bilion.

Terbaru awal bulan ini, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan ‘maklumat penyiasatan’ yang mendakwa RM2.6 bilion dana berkait 1MDB itu didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Tiada siapa mengetahui keabsahan maklumat sensasi itu, melainkan mereka yang terlibat. Hampir sebulan ia bertebaran tanpa sebarang pengesahan ataupun penafian oleh Najib.

Ketika pantang bagi orang Melayu jika ada tuduhan tidak benar maka akan cepat-cepat dinafikan, perkataan ‘YA’ atau ‘TIDAK’ akaun peribadi beliau mempunyai sejumlah wang yang didakwa itu, tidak pernah terbit dari mulut ‘Pahlawan Bugis’ berkenaan.

Sehingga timbul bisik-bisik yang mengaitkan sikap Najib itu dengan cakap orang tua-tua: “Diam tanda setuju”.

isma-slv-front-56

Semalam, episod baru berkaitan isu itu muncul lagi. Ketika banyak pihak sedang menunggu penjelasan Najib berhubung isu itu, tiba-tiba rakaman video perbualan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa tetamu VIP di kediamannya malam semalam, didedahkan.

Dalam rakaman video sepanjang 53 saat itu, Muhyiddin yang baru dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dua hari lalu, memberitahu bahawa dia ada bertanya Najib mengenai duit itu dan Najib mengakui duit itu dimasukkan ke dalam akaunnya.

“Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?

“Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?,” kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.

Sekalipun pendek, maklumat ‘pengakuan’ Najib itu cukup besar kepada rakyat yang selama ini sedang tertanya-tanya berhubung kesahihan perkara itu.

Namun, ia masih daripada mulut orang ketiga. Bukan dari mulut Najib sendiri.

Sebab itu, langkah yang paling mudah untuk Najib adalah dengan mengambil pendekatan melafazkan sumpah sebagaimana beliau bersumpah tidak terbabit dengan Altantuya.

Penulis yakin, Najib selesa dengan langkah itu kerana beliau sendiri pernah menggunakan kaedah serupa ketika berdepan serangan dalam isu Altantuya.

Kini terserah kepada Najib, sama ada mahu bersumpah atau mahu terus membiarkan rakyat beranggapan “diam tanda setuju”.

tppa-kempen

KLIK UNTUK BANTAH TPPA

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?