Al-Quran penawar dan petunjuk hidup manusia

dhl

Oleh Nor Raidah Rahmat

BANGI, 5 Julai – Wanita Isma Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Muslimat Surau As-Sumayyah, Intana Ria, Seksyen 7 buat julung kalinya telah menganjurkan Usrah Wanita yang bertajuk Al-Quran: Penawar dan Petunjuk Buat Manusia.

Usrah wanita ini telah disampaikan oleh Ustazah Ummu Khadijah yang juga merupakan ahli jawatankuasa Biro NAZIM (Kelab Anak-anak Hebat) Isma Daerah Hulu Langat.

Ustazah Ummu memulakan usrah wanita dengan mengambil petikan Al-Quran ayat 9 Surah Al-Isra’ yang bermaksud, “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan kepada orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan beroleh pahala besar.”

Menurutnya, dalam ayat ini Allah telah memberi keyakinan dan janji yang benar sebagai berita gembira buat mereka yang beriman dan mengerjakan amal soleh walaupun tarikan dunia sangat kuat menggugah hati mereka.

Ustazah Ummu menambah lagi, Al-Quran bukan sahaja penawar bagi penyakit yang zahir, bahkan Al-Quran juga adalah penawar kepada penyakit hati dan dari akhlak yang buruk sebagaimana firman Allah dalam Surah Yunus ayat ke-57 yang bermaksud, “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada.”

Ustazah Ummu mengakhiri usrah ini dengan menegaskan bahawa terdapat tiga hak Al-Quran yang perlu kita tunaikan untuk memperoleh fadhilat Al-Quran ini sebagai petunjuk dan penawar.

Pertama adalah hak Al-Quran untuk dibaca dan bertilawah kepadanya, kedua, hak Al-Quran untuk difahami makna dan menjiwainya dalam kehidupan dan akhir sekali hak Al-Quran untuk diamal dengan seluruh isi kandungannya.

Dengan mengambil semangat Ramadhan sebagai bulan Al-Quran, beliau turut mengajak para hadirin untuk bersama-sama memaknakan Al-Quran di dalam jiwa dengan bertilawah dan mendidik diri agar berakhlak dengan akhlak Al-Quran dan semoga Ramadhan kali ini mendidik kita menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih baik dari sebelumnya.

Usrah wanita bulanan khas ini diadakan bersempena dengan peristiwa Nuzul Quran yang jatuh pada hari Sabtu lepas.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?