Cakap hal 1MDB jadi jenayah, kata Tun Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, Jumaat – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi sindiran tajam terhadap pihak tertentu dengan menegaskan beliau enggan bercakap apa-apa mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan klip video Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sambil berkata bahawa bercakap mengenai 1MDB sekarang ini adalah satu perbuatan jenayah, Tun Dr Mahathir sempat mengingatkan wartawan yang bertanya soalan mengenai 1MDB.
“Saya cuma nak beri amaran kepada anda, saya tak boleh memberi komen mengenai 1MDB kerana bercakap mengenai 1MDB kini suatu jenayah,” katanya.
BACA JUGA: UNTOUCHABLE PRIME MINISTER, KEPALA-KEPALA ANGGUK DAN KONSPIRASI HALAL
Beliau juga mengakui sudah menonton klip video kenyataan Muhyiddin mengenai pengakuan Datuk Seri Najib Razak bahawa ada dana yang masuk ke akaun peribadinya.
“Semua orang sudah melihatnya, tapi Najib tidak pernah menafikan (beliau) menerima wang berkenaan.
“Tapi saya tak sepatutnya bercakap mengenai itu. Ia kini haram. Saya tak cakap apa-apa ya,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak katanya, Kabinet yang dibentuk baik untuk kerajaan, namun rakyat tidak berkongsi situasi itu.
“Saya rasa Perdana Menteri berfikir ia adalah Kabinet yang lebih baik.
“Tapi saya baca blog-blog, komen facebook dan saya tak nampak rakyat berfikir begitu. Kalau kamu baca semua ini kamu akan tahu apa yang rakyat fikir,” katanya berdasarkan pembacaan di blog dan komen umum di facebook.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan