Feminisme gerakan yang sudah lapuk

fatimah

Shah Alam, 5 Julai – Gerakan feminisme di Malaysia seperti Sisters in Islam (SIS) sebenarnya agak terbelakang dan sudah tidak diperlukan kerana Islam sudah lama bertapak di Malaysia untuk menjaga hak-hak wanita.

Gerakan feminisme di Malaysia juga mempunyai agenda tersembunyi tambahan pula mereka dibiayai oleh agensi-agensi luar negara.

Demikian menurut Dr Fatimah Zaharah Rosli dalam program ‘Training of Trainers: Feminisme’ bertempat di Pejabat Ezaz Wealth Academy anjuran Biro Wanita Isma Shah Alam.

Dr Fatimah juga menerangkan sejarah gerakan feminisme berasal dari Barat. Elizabeth Cady Stanton yang mempelopori gerakan feminisme di Amerika Syarikat telah mengkaji seluruh Bible berkenaan wanita dan menyimpulkan bahawa ajaran bible menghina wanita dan ia hanyalah himpunan sejarah serta cerita yang ditulis kaum lelaki. Oleh itu, wanita tidak wajib mengikut ajaran bible.

Feminis Muslim cuba untuk membuat perkara yang sama tetapi mereka tidak dapat mempersoalkan keaslian (authenticity) Al-Quran. Oleh itu, mereka memutar belit interpretasi Al-Quran untuk mencapai matlamat mereka.

Tambah beliau lagi, gerakan feminisme bermula daripada Revolusi Perancis. Wanita dan lelaki memainkan peranan penting ketika itu dalam menuntut hak-hak mereka namun ‘Declaration of the Right of Man and Citizen’ yang berprinsipkan sekular, iaitu pemisahan agama dan negara diisytiharkan, bagi menjelaskan tentang kewarganegaraan Perancis tetapi deklarasi ini gagal memberikan status yang sah kepada wanita.

Dalam masa sama, Ketua Wanita Isma Shah Alam, Ustazah Wirdaningsih Ahmad berkata:

“Feminisme hanyalah gerakan yang ingin mengaburi wanita Islam dan mendakwa bahawa mereka memperjuangkan emansipasi wanita. Hakikatnya merekalah yang memutar belitkan sumber daripada Al-Quran, Sunnah, fakta sejarah dan keindahan Islam yang telah memartabatkan wanita Islam dan hak-haknya”.

Program ini merupakan inisiatif Biro Wanita Isma kepada para wanita Muslim dalam menghadapi serangan-serangan golongan ekstremis feminisme ke belakangan ini.

Oleh: Siti Fatimah A. Talib

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?