G25 tangguh dialog bersama Isma

isma-logos

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Khamis – Kumpulan 25 tokoh Melayu profesional atau G25 menangguhkan sesi dialog bersama pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), yang dijadualkan pada 24 Ogos ini.

Ahli Biro Politik Isma, Rasyidah Arshad memberitahu Ismaweb, pihaknya terkilan dengan keputusan G25 yang mahu menangguhkan dialog ini.

“Pada mulanya kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengadakan dialog ini di Royal Lake Club KL. Isma akan diwakili 10 orang ahli dan G25 juga akan hadir bersama 10 orang ahli mereka.

“Namun, beberapa hari sebelum Aidilfitiri, kami dimaklumkan penangguhan dialog ini,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, Isma berharap dialog ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar boleh memahami gerak kerja kedua-dua pertubuhan dengan lebih baik dan perbincangan isu-isu yang lain menarik perhatian.

Isma katanya, sentiasa terbuka untuk mengadakan dialog dengan G25 walaupun dituduh sebagai pertubuhan ekstremis oleh G25 dalam kenyataan mereka pada Disember 2014.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?