Hamas persoal UNRWA had bantuan kepada pelarian Palestin

palestin-01

GAZA, Jumaat – Gerakan Pembebasan Islam (Hamas) mempersoal tindakan Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) yang mengehadkan perkhidmatan mereka kepada pelarian Palestin.

Jurucakap Hamas berkata, tindakan UNRWA hanya akan memburukkan lagi keadaan di wilayah tersebut yang masih berdepan dengan sekatan haram Israel.

“Langkah itu hanya permainan politik yang direka untuk menghapuskan sektor pendidikan dengan menjadikan masalah teknikal dan kewangan sebagai alasan semata-mata,” katanya.

Ini berikutan, UNRWA pada Sabtu lalu memaklumkan yang mereka telah mengurangkan bantuan kepada pelarian Palestin, termasuk mereka yang tinggal di Semenanjung Gaza yang dikepung kerana kekurangan dana daripada penderma antarabangsa.

Minggu lalu, Penyelaras Khas PBB, Nickolay Mladenov memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB bahawa UNRWA kini mengalami masalah kekurangan dana berjumlah lebih AS$100 juta (RM381 juta) yang mungkin boleh membawa kepada penutupan ratusan sekolah di rantau Arab.

Susulan itu, Hamas menggesa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) supaya bersama-sama memikul tanggungjawab untuk mengatasi masalah yang dihadapi pelarian Palestin ini.

Untuk rekod, kini lebih 1,258,550 pelarian Palestin berdaftar ditempatkan di lapan kem penempatan di Genting Gaza manakala 762,280 lagi berada di 19 kem pelarian di Tebing Barat.

rafah

Dalam perkembangan lain berhubung serangan Israel di Masjid Al-Aqsa, Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum zionis Israel perlu segera menyerahkan diri dan memberikan keterangan yang jelas di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Katanya, masyarakat antarabangsa perlu menjatuhkan hukuman terhadap pihak yang terlibat dalam jenayah perang terhadap Palestin.

Ini berikutan dua hari lalu Amnesty International memaklumkanpenangkapan seorang askar dalam perang di wilayah Palestin tahun lalu antara menjadi bukti kukuh berhubung jenayah perang dilakukan rejim Zionis Israel di Gaza.

Susulan itu, pihaknya menggesa mereka yang bertanggungjawab melakukan kesalahan tersebut didakwa selepas pihaknya menerbitkan analisis terperinci operasi ketenteraan Israel melibatkan keterangan saksi, imej satelit, gambar, dan video. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?