Harga barang naik jika setuju, tandatangan TPPA

HJ-AMINUDDIN-YAHAYA

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Khamis – Rakyat Malaysia bakal menghadapi lebih kesukaran apabila harga barang akan melambung tinggi selepas kerajaan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) tidak lama lagi.

Dalam satu temubual bersama Radio Bernama hari ini, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya, berkata TPPA adalah perjanjian yang mencakupi pelbagai isu seperti perdagangan barang, perkhidmatan, pertanian, harta intelek, pelaburan, sosial dan bantuan teknikal.

tppa-kempen

klik untuk bantah TPPA

“Pada masa itu, rakyat tidak lagi boleh mengelak. Rakyat akan menerima kesan besar daripada tindakan kerajaan ini.

“Sekarang ini pun rakyat dah pening dengan GST, apatah lagi bila kerajaan tandatangan TPPA.

“Harga barangan akan melambung naik. Harga ubat juga akan meningkat mahal, lebih banyak ubat akan dipatenkan oleh syarikat Amerika yang mana mereka akan menentukan harga ubat bagi mengaut keuntungan.

“Petani juga akan menerima nasib yang sama. Jika sekarang, petani Malaysia diberikan subsidi untuk menghasilkan tanaman dan menjualnya dengan harga berpatutan, manakala hasil tanaman dari luar negara dikenakan tarif import.

“Namun selepas TPPA, petani akan kerugian apabila tarif tanaman luar negara akan dikurangkan. Malaysia akan dibanjiri oleh hasil tanaman Amerika yang amat murah berbanding dengan harga tanaman Malaysia,” katanya.

Haji Aminuddin berkata, walaupun TPPA belum ditandatangani, tetapi pihaknya dimaklumkan ia sekarang pada peringkat akhir perbincangan dan itu yang membimbangkan.

“Kita langsung tidak mengetahui terma-terma perbincangan. Yang kita tahu melalui perjanjian perdagangan yang terdahulu, melalui kajian yang dibuat oleh pihak kita, terma-terma yang diibincangkan akan membawa implikasi yang buruk kepada negara.

“Misalnya, piawaian ‘HALAL’ di Malaysia, tidak mustahil piawaian sedia ada ini akan ditundukkan kepada piawaian acuan Amerika. Ketika itu, sudah tentu JAKIM tidak lagi mempunyai kuasa untuk memantau makanan dan barangan halal yang dibawa masuk ke Malaysia.

“Pasti ia sukar untuk dipatuhi oleh syarikat luar Amerika yang mana akhirnya bakal tergadai atas alasan perdagangan bebas dalam TPPA,” katanya.

Ketika ini Isma bersama pertubuhan bukan kerajaan lain giat mengadakan kempen membantah TPPA dan mendesak kerajaan untuk tidak menantangani perjanjian ini. Dianggarkan sehingga sejuta risalah mengenai TPPA akan diedarkan kepada masyarakat awam seluruh negara.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?