Insurans kesihatan difatwakan haram

majlis-ulama-indonesia

JAKARTA, Jumaat – Program insurans kesihatan yang diperkenalkan kerajaan difatwakan haram oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Kenyataan MUI dibuat selepas mendapati Badan Penyelenggara Jaminan Sosial (BPJS) yang menguruskan program Insurans Sosial Kebangsaan (JKN) tidak mematuhi syarak dan meragukan.

BPJS dianggap tidak sesuai dengan prinsip syariah kerana mengandungi unsur meragukan, riba dan perjudian kata, Ketua Majlis Fatwa MUI, Ma’ruf Amin.

Bagaimanapun, sebab utama program itu diharamkan adalah sistem faedah yang dikenakan BPJS sebanyak dua peratus untuk bayaran premium JKN.

Menurut Ma’ruf, MUI juga mendesak kerajaan agar mewujudkan satu lagi program kesihatan yang patuh syariah untuk kemudahan umat Islam, lapor media BBC Indonesia hari ini.

Bagaimanapun, Pengerusi Nahdlatul Ulama, Said Aqil Siraj mengkritik MUI kerana mengeluarkan fatwa terhadap JKN dengan menyifatkan MUI terlalu mudah mengeluarkan fatwa.

Fatwa MUI tidak terikat dengan mana-mana undang-undang dan hanya bersifat panduan. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?