Islam tiada kaitan dengan militan IS: Erdogan

erdogan lawat china
CHINA, Jumaat – Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan berkata, Islam tiada kaitan langsung dengan militan IS dan apa-apa tindakan ganas yang dilakukan oleh kumpulan militan itu.

Berkata dalam satu temu bual bersama sebuah stesen televisyen China semalam, Erdogan menjelaskan Islam menolak ekstremisme dan menyeru ke arah kesederhanaan.

“Perkataan Islam berasal daripada perkataan keamanan, dan membunuh manusia menurut Islam bererti membunuh manusia seluruhnya,” katanya.

Lawatan Erdogan ke China bermula pada hari Rabu dan berakhir semalam.

Berkenaan hubungan diplomatik Ankara-Beijing, Erdogan menyatakan hubungan dua negara itu telah masuk tahun ke-45.

“Kami menjalinkan hubungan kerjasama strategik dengan China, ia adalah langkah penting dalam menguatkan hubungan politik, ekonomi, perdagangan dan kebudayaan antara dua negara,” katanya. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?