Isma Melaka edar 5000 risalah bantah TPPA

melaka tppa
Oleh Nurul Aizam Zaini

MELAKA, Isnin – Sebanyak 5,000 risalah bantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) diedarkan di masjid-masjid selepas solat Jumaat oleh aktivis dan sukarelawan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Melaka pada Jumaat lepas.

Isma sebagai sebuah pertubuhan Islam sederhana melancarkan kempen mendidik masyarakat negeri Melaka agar cakna dengan isu semasa yang boleh menggadai kedaulatan dan kepentingan negara.

Yang Dipertua Isma cawangan Melaka, Ir Hj Khoushaini Mohd Naim mengajak seluruh rakyat negeri Melaka khususnya dan seluruh Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa untuk sama-sama membantah TPPA ini.melaka tppa 2

“Masa depan anak cucu kita dan kedaulatan tanah air ini terletak di atas bahu kita. Mari semua rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini sama-sama bantah TPPA,” ujarnya ketika ditemui selepas solat Jumaat.

Minggu lepas, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) melancarkan kempen ‘Rakyat Bersatu Tolak TPPA’ bagi memperjelaskan kepada masyarakat mengenai bahaya TPPA dan sekali gus menyatakan bahawa masyarakat menentang tindakan kerajaan yang mahu mempertaruhkan Malaysia ke tangan Yahudi.

BACA: PEMBELA lancar kempen ‘Rakyat Bersatu Tolak TPPA’

Kempen ini akan bergerak ke seluruh negara dengan pelbagai aktiviti antaranya tandatangan petisyen bantah TPPA, secara online di http://ift.tt/1SclSAD, siri ceramah di seluruh pelosok tanah air, edaran risalah setiap minggu, kempen melalui media sosial, melobi anggota-anggota Parlimen dan pelbagai lagi.

Timbalan Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya, berkata kempen itu bertujuan menyeru rakyat agar menolak hasrat kerajaan menandatangani perjanjian TPPA sekali gus mendesak kerajaan membatalkan rancangan mereka itu.

Katanya, PEMBELA amat yakin bahawa TPPA merupakan perjanjian yang akan menjerat Malaysia untuk berada di bawah kongkongan kuasa imperialis kapitalis Amerika-Yahudi.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?