Kelab Remaja ISMA beri peluang remaja bantu asnaf

melaka 2

Paya Rumput, 27 Jun – “Ramadhan Outreach”, sebuah program khidmat masyarakat anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) cawangan Melaka telah berjaya dilaksanakan di 5 buah rumah terpilih sekitar Paya Rumput.

“Melalui program ini, kami memberi peluang kepada remaja untuk membantu dan menyelami kehidupan masyarakat sekeliling sekaligus meningkatkan kemahiran insaniah peserta” jelas Encik Zailani Zabar, Pengerusi KRIM Melaka semasa ucapan pembukaan program pagi semalam.

Khusus untuk remaja berusia 16 tahun sahaja, “Ramadhan Outreach” merupakan salah satu daripada 8 modul Akademi Remaja Krim (ARK) yang berjalan serentak pada hari yang sama di 25 cawangan KRIM seluruh negara.

melaka 1

Peserta turut membantu memebersihkan kawasan sekitar rumah yang dilawati selain ziarah dan penyerahan sumbangan berupa makanan asas kepada keluarga asnaf dan ibu tunggal yang terpilih.

“Saya rasa sedih dan gembira. Sedih melihat keadaan orang yang susah dan gembira kerana dapat menghulurkan bantuan dan beramal sebegini di bulan Ramadhan”, ujar salah seorang peserta, adik Mohamad Hidayat bin Safiee.

Keseluruhan modul ARK yang berlangsung selama 6 bulan mengetengahkan formula pembangunan potensi remaja dengan mengadunkan program indoor dan outdoor yang menarik.

Idea pencetusan ARK adalah salah satu bukti bahawa Kelab remaja ISMA (KRIM) komited untuk melahirkan generasi remaja harapan yang mempunyai kekuatan jati diri, fizikal dan rohani yang mantap.

Oleh: Nafisah Bt. Hamidon

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?