Kenapa rundingan TPPA di Hawaii perlu dirisaukan?

tppa nz
APA yang akan berlaku Selasa depan di Hawaii ialah rundingan fasa akhir menteri perdagangan dari 12 negara anggota, sama ada mereka menerima atau tidak perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia itu.

Rundingan empat hari diketuai Amerika Syarikat di pulau Maui, Hawaii itu dilihat sebagai peluang akhir bagi Obama mendapatkan kata putus, kerana tiada lagi sesi rundingan dirancang hingga akhir tahun ini.

Selepas ini, Amerika Syarikat dan negara-negara anggota akan mulai sibuk dengan hal ehwal politik dalaman masing-masing.

Rundingan penuh ‘rahsia’ itu membangkitkan kritikan dan tentangan banyak pihak dari dalam negara terlibat termasuklah Malaysia, rakyat risaukan harga ubat bakal meningkat, nasib usahawan tempatan tertindas dan piawaian halal dihapuskan.

Orang ramai melihat TPPA akan hanya menguntungkan syarikat besar multinasional milik Amerika dan negara kuasa ekonomi besar lainnya.

Amerika Syarikat dan Jepun, dua negara yang bakal untung dengan TPPA. Keduanya memiliki sejumlah 80% pengeluaran produk domestik daripada kesemua negara anggota TPPA.

Beras dan kereta keluaran Jepun misalnya dijangka bebas memasuki pasaran negara, ini bakal mengundang ‘bencana’ bagi pengusaha industri tempatan.

Malah kita juga masih menunggu kata putus mengenai paten ubat-ubatan yang akan memberi kesan kepada bekalan dan harga ubat di pasaran. Rakyat tidak mahu harga ubat menjadi mahal.

Amerika Syarikat dijangka mahu mengurangkan tempoh paten ubatan dari 12 tahun kepada 10 tahun, Australia pula mahu tempoh itu hanya 5 tahun.

Paten ubatan yang singkat membolehkan pengeluar ubatan asing memonopoli pengeluaran dan menjejaskan pendapatan pemilik asal paten.

Kanada pula ingin memasarkan produk tenusu mereka secara meluas melalui TPPA, ini merisaukan penternak dan pengeluar tenusu negara kecil Asean termasuk Malaysia yang kebanyakan mengeluarkan produk secara kecil dan sederhana.

TPPA yang memiliki 40% kuasa pengeluaran produk dunia mempunyai keahlian dari Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Yudi Kurniawan Budi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam sederhana, mahupun Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?