Keyakinan serpihan ditemui milik MH370 meningkat: Australia

BANGI, Jumaat – Pasukan pencari pesawat MH370 yang hilang sejak tahun lalu, semakin yakin serpihan daripada sayap kapal terbang yang ditemui di Pulau La Reunion di Lautan Hindi adalah dari pesawat malang itu.

Flaperon sepanjang kira-kira 2 meter itu sudah diterbangkan ke Toulouse, Perancis untuk dikenal pasti dengan harapan ia akan menjadi bukti fizikal pertama yang boleh dikaitkan dengan kehilangan pesawat penumpang Penerbangan Malaysia dari Kuala Lumpur ke Beijing, 16 bulan lalu..

Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan, berkata keyakinan pihak berkuasa bahawa serpihan itu adalah daripada MH370 semakin meningkat.

“Bentuk objek yang ditemui itu menepati komponen yang dipasang hanya pada pesawat Boeing 777,” katanya kepada AFP, hari ini.

Katanya, pihak Australia yang masih melakukan pencarian itu kini bekerjasama rapat dengan Perancis dan Malaysia untuk menganalisis semua maklumat yang mereka belum pasti.

“Tetapi kami berharap dalam masa terdekat kami boleh meningkatkan lagi keyakinan itu. Kami berharap dalam tempoh 24 jam lagi,” katanya.

Ketika memberitahu BBC, Dolan berkata, jika serpihan itu adalah dari Boeing 777, maka MH370 adalah satu-satu sumbernya setakat ini.

MH370 menggunakan pesawat Boeing 777. Setakat ini pesawat jenis itu satu-satunya jet 777 yang dilaporkan hilang.

Sebelum ini, pasukan pencari dari Australia mengambil masa lebih setahun, termasuk menggunakan kapal selam untuk mengesan serpihan pesawat itu di dalam laut.

Tidak menghairankan apabila pihak berkuasa terpaksa mengambil masa yang lama untuk mencari kerana keluasan Lautan Hindi itu sendiri. – Agensi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?