Konvensyen Kesihatan Kebangsaan Wanita bincang isu reproduksi, fiqh wanita
BANGI, Khamis – Ikatan Pengamal Kesihatan dan Perubatan Muslim Malaysia atau singkatannya I-Medik dengan Kerjasama Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mengadakan Konvensyen Kesihatan Kebangsaan Wanita 2015 pada hari Sabtu 22 ogos 2015.
Konvensyen sehari suntuk ini akan membincangkan tajuk khusus yang berkait rapat dengan wanita iaitu reproduksi dan persoalan-persoalan hukum fiqh berkenaan wanita.
Ia akan berlangsung di Hotel Grand Bluewave, Shah Alam bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Konvensyen ini akan disertai oleh beberapa orang tokoh perubatan negara seperti Timbalan Dekan & Pensyarah Fisiologi USM Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar dan Pakar Perunding Perubatan Reproduktif Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah Dr Muhamed Hatta Mohamed Tarmizi.
Turut serta dalam program ini juga adalah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Dr Murizah Mohd Zain dan Pegawai Perubatan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Selain itu, konvensyen ini juga akan menampilkan beberapa orang penceramah seperti Ustazah Saadiah Salleh, Pengkursus & Pembimbing Ibadat Haji Malaysia Tanah Air dan Tanah Suci dan Ustazah Razidah Adam Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
Sementara itu, Mufti kerajaan Terengganu, Sahibus Samahah Dr Zulkifly Muda dijangka akan menyampaikan ucaptama di konvensyen tersebut.
Selain pembentangan kertas kerja, pelbagai aktiviti menarik dan program akan diadakan seperti rancangan bual bicara, jualan dan pemeriksaan kesihatan percuma.
Oleh itu, bagi mereka yang berminat pendaftaran boleh dilakukan melalui reprofiqhpendaftran@gmail.com atau sms ke 019 644 2983 dan juga boleh mengisi borang di laman sesawang http://bit.ly/daftarreprofiqh.
Setiap penyertaan hanya dikenakan yuran sebanyak RM120, manakala bagi ahli I-Medik dan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) hanya RM50 sahaja.
Tarikh tamat pendaftaran adalah pada 15 Ogos 2015.
Untuk maklumat lanjut anda boleh merujuk pada poster Reprofiqh, Reproduksi dan Fiqh Wanita bagi mengetahui lebih banyak aktiviti dan program yang akan berlangsung.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan