MH17: Russia guna veto batal keputusan Majlis Keselamatan tubuh tribunal

tiong-lai

NEW YORK, Khamis – Malaysia melahirkan kekecewaan selepas Russia menggunakan kuasa veto membatalkan persetujuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menubuhkan sebuah tribunal jenayah antarabangsa selepas pesawat MH17 ditembak jatuh tahun lalu.

Russia adalah sekutu kepada puak pemisah di timur Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai, sejam setelah berlepas dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.

Dalam kenyataan ringkasnya hari ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata resolusi bagi menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa bagi MH17 tidak diterima pakai.

Resolusi bagi penubuhan tribunal itu disokong 11 negara anggota PBB, tiga berkecuali, manakala Russia, satu daripada lima negara yang mempunyai kuasa veto menolaknya.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan mengguna pakai Resolusi 2166 beberapa hari selepas pesawat itu ditembak jatuh, mengecam insiden itu dan meminta siasatan menyeluruh dan penyiasatan bebas antarabangsa selaras dengan ketetapan penerbangan awam antarabangsa.

Resolusi itu meminta semua negara untuk memberikan kerjasama penuh kepada siasatan antarabangsa dan mahukan pihak yang melakukannya bertanggungjawab.

Semua 298 penumpang dan anak kapal Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terbunuh apabila pesawat itu ditembak di ruang udara Donetsk di timur Ukraine.

Lima negara iaitu Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine telah menggesa Majlis Keselamatan PBB menubuhkan tribunal jenayah bagi mendakwa pihak yang bertanggungjawab terhadap perbuatan menembak pesawat awam itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?