MH370 (4): Hampir pasti ‘flaperon’ milik Boeing 777
BANGI, Khamis – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, hari ini dipetik sebagai berkata serpihan pesawat yang dijumpai di Pulau La Reunion di selatan Lautan Hindi ‘hampir pasti’ milik Boeing 777.
“Adalah hampir pasti bahawa flaperon itu adalah dari pesawat Boeing 777. Ketua penyiasat kami di sini memberitahu saya,” katanya dipetik agensi berita Reuters.
Jika ia disahkan sebagai flaperon atau sirip Boeing 777 maka adalah pasti serpihan itu milik MH370.
Ini kerana, hanya Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dari Kuala Lumpur ke Beijing itu saja yang dilaporkan pernah hilang, setakat ini.
Kegagalan mengesan penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing pada Mac tahun lalu itu menjadi misteri besar dalam sejarah penerbangan dunia.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan