Peguam Negara nafi surat dakwaan terhadap Najib

ag

BANGI, Jumaat – Kewujudan kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri menggunakan kesalahan jenayah, kata Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Beliau yang baru dilantik menafikan laporan portal Sarawak Report mengenai pertuduhan terbabit yang menyebut ‘Pendakwa Raya lawan Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Dato’ Shamsul Anuar bin Sulaiman’.

“Kertas pertuduhan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat.

“Plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan,” katanya.

Melalui pendedahan Sarawak Report, Tan Sri Gani Patail ditamatkan perkhidmatannya secara tiba-tiba adalah kerana beliau sedang merangka kertas pertuduhan terhadap Najib dan Shamsul.

Sarawak Report mendakwa pihaknya telah menerima beberapa bukti salinan dokumen yang menunjukkan Gani sedang merangka pendakwaan ke atas Najib atas pertuduhan rasuah sebelum ditamatkan jawatannya.

pertuduhan

Bagaimanapun salinan tersebut masih berstatus deraf kerana Gani ditamatkan perkhidmatan sebelum berjaya menghabiskan kertas siasatan dalam persediaan ke arah proses pendakwaan.

Tegas Apandi, kertas pertuduhan yang didedahkan itu tidak pernah sampai kepada Jabatan Peguam Negara, malah format dokumen berkenaan tidak betul sebagaimana yang ditulis jabatan berkenaan.

“Peruntukan penuh undang-undang akan digunakan tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah,” katanya.

Selain itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memuat naik tweet bersama Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Datyk Tun Abdul Majid Tun Hamzah menafikan draf kertas pendakwaan yang didedahkan oleh Sarawak Report itu.

“Draft pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara. Harap maklum.” kata Tun Abdul Majid menerusi twitternya.

Susulan itu mereka mengingatkan orang ramai tidak untuk menyebarkan kertas pertuduhan dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti itu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?