SPRM nafi pegawai terbabit konspirasi jatuhkan kerajaan

Logo-SPRM

PUTRAJAYA, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan pegawai-pegawai kanan suruhanjaya itu turut terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan seperti yang didakwa beberapa blog.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan tohmahan dalam blog-blog bahawa pegawai kanan SPRM terlibat dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan sebagai tidak benar dan tidak berasas.

Menurut SPRM, tindakan yang diambil oleh pegawai-pegawai kanannya adalah jelas bagi menjalankan tugas sebagai pegawai SPRM dan telah mendapat arahan dan dalam pengetahuan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“Tanggungjawab SPRM adalah menjalankan siasatan berhubung kes-kes rasuah dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan mana-mana pihak termasuk kerajaan,” katanya.

Sejak beberapa hari lalu ada blog yang mendakwa 12 orang dikatakan terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan. Antara mereka ialah dua pegawai kanan SPRM iaitu Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdulldan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Tan Kang Sai.

tppa-kempen

Klik untuk bantah TPPA

Dalam kenyataan itu, SPRM menegaskan sebagai suruhanjaya yang bebas, badan itu bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa ‘fear or favour’ dan tanpa mengira siapa yang terlibat.

“SPRM tidak akan membiarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi atau campur tangan dalam siasatan yang dijalankan,” katanya.

SPRM dalam kenyataan itu menegaskan bahawa ia tidak terlibat dalam siasatan kes 1MDB sebaliknya hanya menyiasat kes SRC International.

Menurut SPRM, ia adalah keputusan yang dicapai oleh Pasukan Petugas Khas, yang dianggotai oleh Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan SPRM, yang menerima panduan dan nasihat perundangan daripada Tan Sri Abdul Gani Patail yang ketika itu adalah Peguam Negara.

SPRM memberi jaminan bahawa siasatan ke atas SRC International akan diteruskan sama ada dengan atau tanpa Pasukan Petugas Khas setelah ketiadaan Abdul Gani, sehingga siasatan lengkap sepenuhnya sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk kajian dan keputusan.

SPRM memaklumkan bahawa badan itu masih lagi mengesan beberapa saksi penting bagi melengkapkan siasatan SRC International. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?