Tiada unsur jenayah dalam rakaman video Muhyiddin

IGP-KHALID

KUALA LUMPUR, Jumaat – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tiada unsur jenayah dikesan dalam rakaman video yang menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yasin membincangkan mengenai dakwaan bahawa terdapat wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jelas beliau, pihaknya tidak menemui sebarang bentuk jenayah dalam rakaman video tersebut.

“Ia hanya satu rakaman video pendek mengenai perbualan yang menyebut mengenai sejumlah wang tertentu dipindahkan ke akaun seseorang.

“Saya tidak fikir ia merupakan satu kesalahan,” katanya kepada pemberita berhubung video yang tersebar mengatakan RM2.67 bilion daripada firma berkaitan 1MDB dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya. Antaranya ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu tetamunya bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperoleh daripada seorang individu di Timur Tengah.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?