Tugas pertama Azalina selepas jadi menteri kata….

azalina-osman-said

“Wang masuk akaun PM bukan isu besar”

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Jumaat – Selepas empat hari dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, hari ini ‘melakukan tugas pertama’ dengan menyatakan jika ada kemasukan sejumlah wang yang banyak ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, ianya bukan isu besar.

Beliau berkata, tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.

“Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar… bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit,” katanya mengulas mengenai pendedahan rakaman video yang tersebar di internet mengaitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berbual dengan beberapa tetamu kenamaannya dua hari lalu.

Rakaman video itu menunjukkan Muhyiddin memberitahu tetamu, termasuk menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir bahawa Datuk Seri Najib Razak mengaku menerima sejumlah wang dan dimasukkan ke akaun peribadinya.

tppa-kempen

Klik untuk bantah TPPA

Azalina adalah Ahli Parlimen Pengerang, Johor, sudah dua kali naik turun dalam Kabinet.

Sehubungan itu, Azalina berkata, Muhyiddin juga perlu dipecat jika didapati bertindak mengkhianati parti.

“Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat. Saya tidak tahu lagi (sama ada Muhyiddin mengkhianati parti), tak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tak tahu.

“Yang saya tahu sesiapa pun termasuk saya boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tiada imuniti sebagai Timbalan Presiden atau Ahli Majlis Tertinggi,” katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian.

Walaupun Muhyiddin disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau masih lagi menjadi Timbalan Presiden Umno.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?